Oktober 04, 2009

9 Masalah Utama Perniagaan

Anda pasti bersetuju jika saya kata memula, membina dan meneruskan operasi perniagaan adalah tiga usaha yang tidak semudah seperti dinyatakan dalam pelan perniagaan anda. Ini kerana terdapat begitu banyak rintangan-rintangan dalam perniagaan yang boleh melembabkan atau boleh menguburkan perniagaan anda. Selain dari faktor-faktor sumber modal kewangan, latihan atau pemilihan lokasi perniagaan (atau kedai), terdapat bermacam-macam lagi faktor-faktor yang menentukan hidup mati perniagaan anda.

Contoh yang sering kita lihat, baca atau dengar:
Seorang peniaga di Uptown, asyik termenung sahaja tiap-tiap hari kerana tidak dapat berniaga kerana tiap-tiap hari hujan turun.
Seorang usahawan herba terpaksa menghabiskan ribuan RM setiap bulan membayar sewa tapak ekspo atau pameran untuk membuat jualan. Tiada tapak ekspo, kuranglah pendapatan.
Seorang pengusaha kursus perkahwinan pula terpaksa menghabiskan beribu-ribu RM setiap bulan mengiklan di akhbar untuk mendapatkan peserta-peserta kursus. Tanpa pengiklanan di akhbar (yang memang terkenal dan mahal) tersebut, semakin susutlah peserta kursus setiap minggu.

Apakah 9 masalah yang dimaksudkan itu? Ianya adalah:

1. Kos promosi dan pengiklanan yang mahal sedangkan modal perniagaan terhad. Inilah masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai peniaga dan usahawan sehingga ianya mengganggu modal operasi perniagaan mereka. Ianya menyebabkan dilema yang berterusan dan menyakitkan peniagan dan usahawan kerana pengiklanan adalah pelaburan hangus. Pulangannya belum tentu.

2. Terperangkap dalam keadaan melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali dalam mencari dan menyediakan maklumat prospek dan pelanggan untuk membuat promosi dan jualan. Dalam perniagaan, masa adalah wang. Bagi perniagaan kecil atau SOHO, kerja-kerja admin perlu dikurangkan kerana masa yang ada mesti diperuntukkan untuk membuat jualan dan mengurus pelanggan. Tiada jualan atau pelanggan, tiada cashflow!

3. Mengambil masa yang lama untuk melancarkan promosi dan jualan dengan lebih pantas berbanding pesaing-saing anda. Dalam perniagaan, anda perlu membuat tawaran, menghadapi persaingan dan bertindakbalas terhadap counter attack dari pesaing-pesaing anda. Terutama apabila anda mempunyai produk-produk baru yang masih belum dijual oleh pesaing-pesaing anda. Lebih awal bermakna lebih peluang anda untuk menjana pendapatan.

4. Perlu track promosi dan pengiklanan mana yang memberi paling banyak maklumbalas. Dengan ini, anda boleh mengelakkan melakukan pembaziran kerana salah promosi.

5. Tiada idea bagaimana anda boleh menggandakan jumlah maklumat prospek dan pelanggan untuk perniagaan anda dengan pantas dengan kos yang paling murah, malah secara percuma sahaja.

6. Hilang punca bagaimana anda boleh menggandakan pusingan jualan dengan konsisten menyebabkan peratus kejayaan mendapat order lebih tinggi. Lebih promosi, lebih jualan.

7. Buntu bagaimana anda boleh mengurangkan kehilangan pelanggan dan keuntungan dalam jangkamasa panjang.

8. Tidak mempunyai satu sistem mudah bagaimana anda dapat menjana pendapatan dari pelanggan anda yang sama berulang-ulang kali.

9. Terkejar-kejar mencari prospek dan pelanggan baru setiap masa. Inilah yang akan meningkatkan kos perniagaan anda.

Sebenarnya terdapat pelbagai strategi dalam perniagaan yang boleh mengurangkan kebergantungan perniagaan terhadap konsep tadi. Bagaimanapun, terdapat satu strategi perniagaan menjadi senjata utama syarikat-syarikat besar sejak sekian lama. Mereka mengaut pendapatan dan keuntungan saban tahun hanya dengan senjata ini. Ianya adalah:

'Memaksimumkan penggunaan maklumat prospek dan pelanggan!'

Apakah maknanya? Ia bermaksud kos pengiklanan mereka lebih murah tetapi keuntungan berganda. Secara ringkasnya, mereka tidak menjual sekali kepada seorang pelanggan akan tetapi berkali-kali!!

(Cadangan bacaan dan rujukan: Terdapat sebuah eBook oleh Tuan Mohd Affendy Mohd Amin berjudul Rahsia Maklumat Pelanggan. Ia sebuah eBook yang baik dan merupakan huraian lengkap satu sistem mudah bagaimana anda boleh mengurus dan memaksimumkan penggunaan maklumat prospek dan pelanggan anda supaya anda dapat mengecapi pendapatan perniagaan berulang-ulang tanpa terperangkap dalam konsep 'kais pagi makan pagi'. Ia juga memberi pendedahan dan membantu anda untuk mengurangkan 9 masalah yang sering melanda perniagaan yang baru bermula atau perniagaan yang anda sedang jalankan kini.)

___________________________________________

P.S. My first book Wang Tersembunyi just release. Basicly this book conduct you on how to save money in various ways. Complete guide to manage your money. So that you can make a saving anytime. No matter in good or bad economical situation.

This book so easy. Easy to read. Easy to understand. Easy to practice. Acctually I wrote it for the beginner. Everyone can benefit. From the jobless to money master.

Now available at most elite bookstore around the Malaysia or you can buy online here.
9 Masalah Utama PerniagaanSocialTwist Tell-a-Friend

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

We like to hear your opinion..

Koleksi Penuh Buku Pengurusan Kewangan Terbaik!

Dapatkan eBook Sentuhan Jutawan Irfan Khairi