September 24, 2009

Hindari 6 Halangan Menyelesaikan Tugasan Ini

Rasanya masih sempat lagi untuk saya mengucapkan salam lebaran buat pembaca. Semoga kita merayakan kemenangan ini dengan seadanya (dan penuh teknik berjimat). Sudah pasti penjimatan selalu menjadi topik yang akan saya selitkan sama ada secara langung mahupun tidak.

Selepas menikmati detik-detik yang ceria beberapa hari lepas, kebanyakan dari kita sudah pun mulai kembali ke tempat kerja semula. Saya juga demikian, namun bukan tugas rasmi saya (kerana cuti saya masih lagi berbaki beberapa hari hehee..) tapi kerja kedua dan ketiga saya.

Otak masih sedikit tersekat. Manakan tidak, mod raya masih belum habis lagi. Bagaimanapun, kita tidak mahu ketinggalan. Jadi sepantasnya ayuh kita kembalikan semula semangat dan tenaga agar segera kembali ke landasan perjalanan kewangan yang tepat. Kewangan? Iya.. kerja mempunyai kaitan yang rapat dengan sumber pendapatan kebanyakan orang. Jadi mari kita lihat perkara yang menjadi halangan menyelesaikan kerja. Hindari, jauhi dan cari jalan penyelesaiannya terbaik;

Tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak mahir dalam melakukan kerja mereka. Tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh ketua (tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik (anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

Tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Anda bekerja sendiri atau makan gaji sama sahaja. Tiada apa yang mampu dilaksanakan tanpa pengetahuan, kelengkapan dan sumber yang cukup.

Mempunyai terlalu banyak tugasan.
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai pekerja yang sedikit. Bagi yang bekerja sendiri, sila agihkan kerja anda mengikut jadual yang sesuai.

Terlalu banyak gangguan.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana yang tidak kondusif, bunyi bising dan sebagainya.

Tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

Seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati.
___________________________________________

P.S. My first book Wang Tersembunyi just release. Basicly this book conduct you on how to save money in various ways. Complete guide to manage your money. So that you can make a saving anytime. No matter in good or bad economical situation.

This book so easy. Easy to read. Easy to understand. Easy to practice. Acctually I wrote it for the beginner. Everyone can benefit. From the jobless to money master.

Now available at most elite bookstore around the Malaysia or you can buy online here.
Hindari 6 Halangan Menyelesaikan Tugasan IniSocialTwist Tell-a-Friend

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

We like to hear your opinion..

Koleksi Penuh Buku Pengurusan Kewangan Terbaik!

Dapatkan eBook Sentuhan Jutawan Irfan Khairi