November 24, 2009

3 faktor kritikal kejayaan penjimatan

“Saya sudah berjimat. Makan ala kadar, minum ala kadar, membeli belah ala kadar, pendek kata serba serbi ala kadar. Tapi saya tetap tidak ke mana-mana.” Anda mengeluh kerana tetap berada di tempat yang sama dimana anda bermula dahulu. Tidak banyak perubahan yang boleh dilihat apalagi dibanggakan.

“Adakah saya melakukan sesuatu yang tidak betul selama ini?” Keraguan mulai menyusul.

“Tidak.” Saya cuba menghadirkan semula semangat anda.

Anda sudah berada dalam kelompok yang betul. Tempat duduk anda juga tidak silap. Tiket anda tiada masalah. Hanya tinggal menantikan waktu berlepas yang ditetapkan sahaja.

Kejayaan penjimatan ialah bila mana penjimatan anda itu menghasilkan wang dengan jumlah yang agak baik, di samping menyumbang kepada pertambahan wang (pulangan) anda. Disebalik menjadi wang hangus atau terbazir sebelum ini, kini anda perolehinya kembali dan ditukarkan menjadi aset yang berfungsi menghasilkan wang seterusnya. Harus diingat ianya bukan wang tambahan dari luar atau mana-mana sumber lain. Memang wang anda yang sudah sedia ada.

kejayaan kewangan setiap individu itu bukan disebabkan sama ada dia berpendapatan besar atau kecil. Demikian juga, kejayaan penjimatan seseorang bukan disebabkan sama ada dia berjimat atau tidak. Tapi ditentukan oleh gabungan tiga perkara ini;

1. Sejauh mana penjimatan anda menghasilkan wang
2. Inovasi dan kreativiti anda dalam berjimat
3. Apa yang anda akan lakukan dengan wang lebih hasil penjimatan itu
1. Sejauh mana penjimatan anda menghasilkan wang

Anda kata anda berjimat. Dan memang betul pun. Jadi mana hasil dan manfaat yang anda sudah perolehi dari penjimatan-penjimatan itu? Inilah masalah kebanyakan daripada kita. Anda memang berjimat, saya tidak nafikan. Anda mandi secara siraman. Mencuci pakaian seminggu sekali. Jarang menonton. Membeli pada harga diskaun. Berbelanja dengan senarai di tangan. Kurang keluar berhibur. Pendek kata anda memang bagus dalam mengurus perbelanjaan. Malangnya, walaupun wang anda tidak habis digunakan tapi anda gunakan ke arah yang kurang tepat pula. Membeli sofa baru, menukar katil atau membawa keluarga bercuti. Semua ini tidak salah, tapi wang yang anda jimatkan itu hangus juga pada akhirnya. Bukankah ini juga merupakan salah satu daripada bentuk pembaziran?
2. Inovasi dan kreativiti anda dalam berjimat

Selalu gunakan inovasi dan kreativiti anda dalam menjawab soalan ‘baiki’ atau ‘3R’ (recyle, reuse dan reduce). Membaiki kerusi, membaiki sinki dan seumpama itu. Memanglah mungkin pada mulanya agak kekok dan anda kurang mahir. Siapa kata anda tidak boleh belajar. Anda pasti boleh. Itu akan mengelakkan anda mengambil jalan mudah dengan membeli peralatan baru. Kalau memang anda mempunyai bakat semulajadi, anda akan menjadi amat mahir dan hasil kerja tangan anda bermutu. Saya tidak menolak kemungkinan, beberapa orang jiran akan menghantar barangan elektrik ke rumah anda untuk dibaiki atau mereka memanggil anda ke rumah mereka. Itu tentu boleh menjadi pekerjaan sampingan, siapa sangka satu hari nanti anda boleh membuka kedai membaiki perkakasan elektrik pula.

Jangan hanya menumpu kepada peralatan sahaja, bil-bil utiliti juga tidak patut anda abaikan. Baiki cara penggunaan air misalnya. Kurangkan itu dan ini. Guna semula di sana dan di sini. Biar anda baca ini sekali lagi; tekankan kepada ‘baiki’ dan ‘3R’ sambil elakkan ‘beli’ atau ‘tukar’. Seperti yang pernah saya katakan, semakin kreatif anda mencari jalan mengurangkan dan mencari kaedah guna semula, semakin banyak wang yang anda dapat kumpulkan.

3. Apa yang anda akan lakukan dengan wang lebih hasil penjimatan itu

Sebolehnya saya cuba mengelakkan ini. Saya bukan tidak mahu memberitahu anda cara menggunakan wang lebih tersebut dengan lebih baik, hanya saja saya bukanlah penasihat kewangan yang layak. Tapi memandangkan artikel ini tidak dikira sebagai mengandungi nasihat kewangan, jadi saya cuba berikan beberapa cadangan teknik yang bagus di sini. Perkara pertama yang harus anda lakukan selepas memperolehi wang daripada penjimatan ialah menyimpannya. Ya.. simpan. Jangan gunakannya. Seterusnya, anda boleh pertimbangkan beberapa pilihan sama ada; 1. mahu memindahkannya ke dalam unit amanah, 2. melunaskan hutang, 3. ditambah kepada simpanan sedia ada, atau 4. dijadikan modal memulakan perniagaan.

Ia tidak terhad setakat itu sahaja. Banyak lagi pilihan lain di luar sana. Pilih salah satu dan lakukannya. Idea utamanya ialah menukarkan wang lebih itu kepada sesuatu bentuk lain yang mendatangkan pulangan.
___________________________________________

P.S. My first book Wang Tersembunyi just release. Basicly this book conduct you on how to save money in various ways. Complete guide to manage your money. So that you can make a saving anytime. No matter in good or bad economical situation.

This book so easy. Easy to read. Easy to understand. Easy to practice. Acctually I wrote it for the beginner. Everyone can benefit. From the jobless to money master.

Now available at most elite bookstore around the Malaysia or you can buy online here.
3 faktor kritikal kejayaan penjimatanSocialTwist Tell-a-Friend

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

We like to hear your opinion..

Koleksi Penuh Buku Pengurusan Kewangan Terbaik!

Dapatkan eBook Sentuhan Jutawan Irfan Khairi